Dah Banyak Makan….
Nov 6th
Salam…..yuhuu….sajer letak tajuk camtuh…..almaklumlah bulan syawal….banyak jemputan rumah terbuka….dah dua malam aku ponteng pegi open house….tau nape?? coz aku takut aku makan banyak…….bleh gitu??
Cara Tidur Rasulullah SAW
Nov 5th
Salam…..Hayati cara- cara kekasih Allah menyempurnakan ibadat tidur……semoga kiter sama2 dapat memanfaatkan dalam kehidupan seharian….insyallah…..
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung
daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Tip Untuk Para Suami Mithali
Nov 5th
Dari : Artikel Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah RasulAllah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.
2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. RasulAllah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yg menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan ‘yang’, ‘sayang’, ‘dear’ dan sebagainya.
3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia ‘mengganggu’ barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dsb.
4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara RasulAllah.
5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. RasulAllah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).
6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dsb.
7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yg anda tlh buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.
8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana RasulAllah menaikkannya di atas unta yg perlahan. RasulAllah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.
9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. RasulAllah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.
10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud:“Org yg terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya”
Moral: Cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.
Aku Meminta Pada Tuhan
Nov 4th
“Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.
Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita. “
Diperolehi daripada “http://ms.wikipedia.org/wiki/Qada_dan_qadar“
Aku meminta kepada Tuhan untuk menyingkirkan penderitaanku.
Tuhan menjawab,Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menyempurnakan kecacatanku.
Tuhan menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menghadiahkanku kesabaran.
Tuhan menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.
Aku meminta kepada Tuhan untuk memberiku kebahagiaan.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menjauhkan penderitaan.
Tuhan menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menumbuhkan rohku.
Tuhan menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.
Aku meminta kepada Tuhan segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.
Aku meminta kepada Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Tuhan menjawab.., akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.
Moral: Terimalah qada’ dan qadar Allah dengan redha…..Dalam masa yang sama berusaha dan bertawakallah kepadaNya….Semoga ape yang telah ditakdirkan ke atas kita dapat berubah dengan izin Allah…..insyaAllah…..
Kulit Album Cinta Hatiku…..
Nov 3rd
Salam…arini dek kerana demam….aku bosan sgt skrg nih….so, tetiba dapat satu idea nak dengki abg….ngeh2…jangan marah abg…ampun…ampun….
Tadi dapat gambar yang sesuai nak diedit…..mmg ngam ngan idea aku skrg nih…hehe….
taraa….jom kiter tgk….
Rajin + Mengemas sakan = Sakit2 Badan n Demam……
Nov 2nd
Salam….hi all….dalam waktu nih, normalnyer aku dah tdo….tp skrg aku baru jer nak dok depan laptop aku nih…..
Skrg pun rase cam mamai2 lagi coz aku dah tertido pas solat maghrib tadi……Nak dijadikan citer….hari nih aku bleh terajin tahap gaban update fail n kemas almari….check for da DG data on the whole day…..mase wat tadi, aku tak rase pnt langsung…..
Jadual keje aku mmg full arini….no meng’ular’ time kecuali tuk solat zohor n rehat sat……angkat2 fail….kemas2 almari….update all da data…..key in da data…..wargh….huhu…why im really rajin today….?? i dunno why…..but im in rajin mode today…..baguslah kan…..dapat gak update sume keje……
Now im weak……really2 weak……sakit tekak….penin kepala…..sakit seluruh sendi2…huhu…what to do…..terima jelah dengan redha….sat lagi after solat isya’ i will get my ubat…….hope i will ok 4 tomorrow……..coz 4 tomorrow i would have another mission…..yuhuuuu………..
+miss my fiance like crazy+
P/s- Abang….mish u lor……hehe…bleh kater demam nih pun coz rindu gile kat abg…arini setelkan keje siap2 coz nanti dah nak jumpa abg…..tak de keje sangkut lagi…..;)
Aku sakit perut….
Nov 1st
Aku pun ngah confuse…tak tau nape….nak kater minum air batu….aku tak minum air batu setitik pun arini…..nak kater tak makan…..tghari tadi aku mkn buah…..malam plak makan kat open house….tp, aku rase something tak kena yang aku makan…..aku rase ubi kayu…..mgkn ubi kayu wat perut aku berangin….
Citernye tadi, kat open house tuh, xde makanan lain yang istimewa kat mata aku….juz ubi kayu, sambal tumis ikan bilis n ikan masin goreng….huhu…..aku pun capai laa makanan tuh….tp jahat kan….pas makan komplen plak…..hehe…..tp aku rase itulah penyebab utama aku sakit poyot skrg nih…..
So, oleh kerana aku dah sakit yang amat sgt….aku rase baik aku makan ubt n tdo jer…tu jelah cara tu tahan sakit……nak ngadu kat abg lebih2, takut dia riso…….sabar jelah…bagi abg stdy dengan aman….
+mish u cayang+
P/s- Sayang, all da best 4 ur next paper……love u till the end of my life….can’t wait to see u….mish u so much…!!!!
Selamat datang November……
Nov 1st
Salam…..arini, 1st of November…..skrg nih aku kat depan pc kat opis……..dah sakit mata mengadap ‘DG declaration form’ yang hijau tuh…..so, ngadaplah pc tuk mencari ketenangan mata….hehe…bleh gitu??
Arini aku rase cam sedih gak….coz kol 3pagi tadi tersedar tetiba dari tdo yang nyenyak……mimpi buruk seh….rase cam nyesal jer tdo….aku tersedar tetiba n terus menangis…..kebetulan plak mase tuh lagu ‘Mungkir Bahagia nyanyian Hazami dimainkan kat radio era……(kebiasaan aku on radio time tdo utk wat tmn tdo)……aku terus sms kat abg….tp tak dijawab…mgkn abg dah tdo…..sian abg….ntahlah, kekadang aku takut dengan mimpi…..tp kalo mimpi tu betul2 terjadi….aku terpaksalah terima dengan redha……
Subuh tadi aku bangun tdo, Alhamdulillah….mood aku ok….cuma sedih ckit2….biasalah…..arini aku nak setelkan sume keje yang ade berlonggok atas meja opis aku nih…..esok dah dapat keje baru…family day LPJ dah nak dekat…..kena handle hadiah n goodie bag tuk kanak2…..huhu…..
Cinta Lama Biarkan Berlalu….
Oct 28th
“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat” – Hamka

Salam…hai arini aku ade terbaca artikel…so, nak kongsilah sesama ape yang aku dah baca….
Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.
Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.
Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.
Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.
Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.
Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.
Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.
“Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.
Wallahualam….
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
My birthday wishes…..27 Oct 2007
Oct 27th
My mak wishing me by phone call….
My cayang call tepat kol 12mlm tadi n nyanyikan lagu nih…..
( * )







Recent Comments