Persediaan raya for hazim…
Sep 14th
hi aunty and uncle yang baca blog ibu hazim…
arini hazim nak citer pasal baju raya hazim…
ibu ngan ayah semangat belikan baju raya tuk hazim tahun nih…
comey x hazim pakai baju melayu??
comey kan…kan…kan…hehehe…baju melayu hazim ade 2pasang…yang biru hijau nih…tok mak hazim yang bagi…
sepasang lagi sama ngan ayah…nanti pas raya ibu upload dalam blog…
yang kat bawah nih plak baju2 hazim tuk raya…separuh ibu dah basuh…
ni plak baju sejuk hazim…ibu saje nak cari baju sejuk jer yang ade wooded tuh…sekali dapat yang 3piece dengan harga yang murah…ibu terus rembat…hehe…
ibu hazim sangat excited nak raya ngan hazim…ibu hazim pun beli botol susu utk stok susu hazim…
sangat comel…murah plak tuh…ibu beli kat momschoice…
ibu ammar(haja) pun beli jugak…hehe…
oklah aunty n uncle sume…hazim dah penat…hazim nak tdo dulu…daa…
nanti ibu hazim apdet pasal citer raya hazim plak k…
Breastfeeding Info…
Sep 10th
Hi u all…
nak share info nih…
nad ade terbaca kat forum mamachoice.com…rasenyer berguna tuk sume bakal2 ibu yang baca blog nad…hope membantu…![]()
10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:
Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.
Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.
Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.
Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi*manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.
Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
p/s Thanks to Shida (charantya)*kerana berkongsi info ini. Adaptasi daripada hasil perjumpaan Mother-to-Mother Peer Support Group, Penang pada April 2008. Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie (dan sedikit penambahan dan ubahsuaian daripada saya).
Kad raya…
Sep 9th
Salam…
hi u olss…kat opis nad, kad raya diagih2kan…
tp nad mmg dari taun lepas xbagi sesapa pun kad raya…
hoho..sangat keji ok…terasa sangat malas tuk anto kad raya…
kad raya taun lepas pun tersimpan rapi lagi…huhu…
tggu jelah malam raya nanti, kalo2 nad anto sms kat u olss…
oklah u olss…dah xlame lagi nak raya kan…semangat raya sudah menusuk dijiwa…wuwuwu…
dam dam dum…bunyi mercun…ewahhhh…
p/s-buat kengkawan lama di kampung, raya nanti kt jumpa ok…![]()
Hazim dan ‘ship’nye…
Sep 8th
Hazim, ibu dan cuti…
Sep 6th
Salam..
hi sume…
nak share gambar hazim bebanyak…hehe…mggu lepas nad cuti seminggu dok jaga hazim….
dulu dah janji kan…pas pantang bleh upload gambar hazim bebanyak…so, skrg nak apdet jer letak gambar hazim bebanyak…
hari2 ade je aksi2 hazim yang nad dapat snap…xdpt video…nad snapp gambar…
ahahah…comel2…gewam ok…
bawah ni gambar hazim sebelum mandi…ayah bukak kan baju dia..tggl diaper ngan sarung mittens n booties jer…
suka sgtlah dia….selimutkan dengan selimut, lagilah dia suka…dok ketawa2…
ni plak gambar hazim bangun pagi…muka senyum2 manis dok bergambar ngan ibu dia…suka tgk ibu dia cuti…
hazim dah siap mandi…hehe
hazim dah pakai baju…comey x???
hazim baru mangun titon… ikut ibu g kedai..beli lauk…hehe…
ok, itu jer gambar yang sempat nak upload…ibu penat dah…hehe…ade masa nad apdet lagi…hehe…
hazim skrg dah gatal2 gusi…kalo menyusu direct dia akan gigit2…aduyaiii…manyak sakit wooo…bile ibu jerit2 sakit dia gelak2…wuhuhuhu….sabarlah jer ibu dia nih…hehe…
oklah,nanti stowie lagi…esok keje daa…hukhuks…hazim dok umah jangan nakal2 k…
![]()
Hazim, PSP dan ayah…
Sep 3rd
Salam…
Hi all…dah lame nad xapdetkan??hehe…
arini nak upload gambar hazim dengan ayah dia…
ade citer disebalik gambar2 nih…hehe…
jom layannnn….
hazim- ayah main psp…hazim nak jugak…nak main…
ayah- meh cni hazim tgk ayah main game…tgk nih…tgk nih…
hazim- kedekut la ayah nih…hazim nak jugak psp(sambil menyiku tangan ayah)
ayah- buat derkkk jer…..
ayah-hazim, tgk nih…ayah nak menang nih…tgk cepatttt….
hazim- hmmmm…malas…ayah nak main game tu sorang…mainlah….hazim nak tgk ship hazim…lagi best…
ahahaha…lawak x..??
sajer jer nad create citer berdasarkan gambar dua beranak nih…
almaklumlah..ibu hazim kemana2 dengan hp berkamera…hehe… tu yang bleh dapat gambar dua beranak nih…
kelakar tau ayah ngan hazim…walau ape pun terjadi…ibu tetap sayang ayah ngan hazim…
dua2 buah hati ibu…dua2 penghibur hati ibu…
Bz Mode…
Sep 2nd
Salam..
hi all…
dah lame nad xapdet kan…
ade org rindu x???hehhe..perasan maa….banyak cite nak stowie…
tp nanti nad apdet k…banyak citer pun pasal hazim la skrg nih…sape lagi kan…
arini nad masih lagi cuti…sampai la ari jumaat nih coti lagi…
sangat happy dok umah ngan hazim…
jadi suririmah lagik…seronokkk ok…
tggu petang2 ckit nad apdet k…
mish u all……
Aug 26th
hi all…
Arini hazim dah masuk 3bulan…alhamdulillah…
u all doakan hazim membesar dengan jayanya k….
Ibu dan ayah sentiasa doakan hazim membesar dan jadi anak yang soleh serta berjaya dalam hidup hazim…
amin…insyallah…
note-hazim ade appointment arini…tp, mggu depan jelah pegi…ibu ngan ayah ade hal lain arini…mgkn esok or lusa ibu bawak jumpa doktor….
Berbuka beramai2…
Aug 24th
Whoaa…
part berbuka beramai2 memang best…
lagi ngan adik beradik sendiri…lagi syiookkkk…
jumaat aritu…lepas maghrib kami sume bertolak ke mersing…
balik kampung…bila dah kumpul ramai2…
terasa macam dah nak raya plak…hahaha…
en.suami dan abah…kami ke bazar ramadhan di taman wawasan mersing…
hujan2 pun orang ramai ok…
haa…nilah hasilnyer kami membeli…ikut rase masing2 nak makan ape…
at last, setelah berhempas pulas…alhamdulillah…habis sumenyer….hohoho…
berbuka beramai2 mmg syok kan…
raya ni kami xdpt berkumpul adik beradik serentak di pagi raya bersama2…
along balik umah mertua di perak…angah balik umah mertua di pontian…nad mmg confirm la balik mersing…coz nad xde mak mertua…huks…adk nad pun balik mersing selagi belum kawin…heheh…
mungkin raya ke4 baru dapat berkumpul adik beradik…huhu…
puasa baru 3hari…dah citer pasal raya plak…hehe…
nak citer pasal hazim plak…hazim sangat suka balik kampung…
jumpa sepupu2 dia yang havoc lagi la dia suka…senyum n ketawa jer memanjang…
hazim dah pandai wat muka nakal bile nak snap gambar dia…
sangat geram ngan dia…rase cam nak ggt2 jer dia…
pipi dia lagi laa…geram ok…hehe…
Hazim meronda….
Aug 21st
Hi sume…
kali nih nak citer pasal hazim lagi…nak abiskan cite yang lepas….
sabtu lepas bawak hazim g jalan2 kat danga bay…
ayah hazim ajak naik tram…hazim sgtlah gud boy (mmg gud boy pun anak ibu nih)…
hazim yang dah puas tdo kat umah..sampai danga bay…terus bulat matanya…hikhik…
bagus hazim…bleh ibu menjayakan sesi sopping menyopping kat danga…lain kali be gud boy lagi k…
sng keje ibu n ayah…hehehe…
masa sampai tuh kiteorg park kat hujung(dkt stesen naik tram)
so, mlam tuh decide bawak hazim ronda2 danga bay ngan tram…hazim sgt suka ok…
siap bagi pose terbaik utk bergambar…wuwuwu….
anakku telah menunjukkan minat tuk bergambar cam ibu dia….hahahah…
bulat jer mata dia tgk kamera…hehehe….
bulat kan mata hazim??hehe…
ooohh..ibu, topi dah kena mata hazim nih….
eh…ibu ade lagi lah kat mata hazim nih..
haaa…ni dah nampak keliling..bgs2..
tok mak n tok bak hazim…
ayah hazim bz daa…
maksu n ibu hazim yang mulat pipi dia ..haha
kami atas tram danga bay…without ayah…ayah yang snap gambar nih…
itulah gambar hazim ronda2 kat danga bay…last2 nak balik, hazim dah tertido kat pangku ibu…huhuhu…
tp, alhamdulillah…hazim mmg gud boy…sangat suka dapat jalan2…
oklah u all…mlm ni nad dah nak balik kampung…nak sambut puasa beramai2 ngan adik beradik yang 4 ketul nih….hehe…sangat happy…nak jumpa sume…hehe…
balik dari kampung nanti nad share citer lagi k…take care u all…selamat berpuasa…
note-hope nad dapat berpuasa dan breastfeed hazim dengan jayanya…amin,insyallah….




Recent Comments